Education exchange program Kazakhstan - Langkawi. gambar bersama Kedutaan Kazakhstan di Malaysia, Pejabat Pendidikan Derah Langkawi dan wakil Private Institusi Pendidikan Kazakhstan.


MyKazNa PPDL, Kukuh Kerjasama Pendidikan

Langkawi: Malaysia Kazakhstan Networking Agency (MyKazna) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan pejabat Pelajaran Daerah Langkawi (PPDL) untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Menerusi MoC itu, MyKazna selaku unit di bawah Malaysian Intellectual Networking Asssociation (MINA) bercadang menghantar 100 pelajar dari Kazakhstan ke Langkawi bagi mendalami bahasa dab budaya tempatan.

Langkah pertama
Pengarah MyKazna, Ainash Aitkozhina, berkata kerjasama itu adalah langkah pertama pihaknya ke arah meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan. "Ini" akan memanfaatkan guru dan pelajar Kazakhstan dalam aspek kaedah dan media pengajaran, pembangunan kurikulum serta pengurusan pendidikan negara ini.

"Ia" juga boleh menggalakkan pelajar menggunakan bahasa asing untuk komunikasi berkesan," katanya selepas mendatangani MoC itu di sini, semalam. MyKazna diwakili Ainash manakala PPDL oleh Pegawai Pelajaran daerah, Marzuki Daud.

Marzuki berkata, MoC itu menggariskan kerjasama jangka panjang sebagai kesinambungan hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan, khususnya membabitkan warga sekolah di Langkawi.

Comments

Popular posts from this blog

Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Omar Abdul Rahman