LAWATAN MyKazNA KE UKM
11 Mac 2010 – Cabaran pendidikan pada masa ini di Kazakhstan, menuntut transformasi di IPT dan bagaimana Malaysia meletakkan universiti itu antara pilihan pelajar antarabangsa. President MyKazNA, Mrs Ainash telah membuat kunjungan ke UKM dan campus penginapan mahasiswa, Kolej Keris Mas.
Seramai 5 orang kakitangan MyKazNA telah mengikuti program lawatan ini yang diketuai Fellow Kolej Kediaman Pelajar Keris Mas, UKM, NoorLisa Amin.
Mrs Ainash berkata, program lawatan akademik ini bertujuan untuk meninjau peluang dan potensi kerjasama antara MyKazNA dan UKM bagi mengembangkan peranan MyKazNA dalam bidang pengajian penantarabangsaan.
Selain itu juga, katanya, lawatan ini juga menunjukkan komitmen dan fokus MyKazNA dari aspek menjadikan pertubuhan yang mementingkan inovasi pendidikan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan Negara.
Katanya, antara program yang boleh dicadangkan meliputi dua komponen iaitu mempromosikan UKM kepada bidang pembelajaran akademik serta mengukuhkan jalinan kerjasama antarabangsa antara UKM dan universiti dan kolej di Kazakhstan.
"Antara aktiviti komponen akademik dirancang termasuklah perkongsian profesional melalui program-program academic seperti pengajian bahasa, Islamic Learning Program dan beberapa program lain.”
"Selain itu, aktiviti sosial pula seperti program pertukaran pensyarah dan pelajar, program lawatan dan kebajikan," katanya.
"Ini yang akan kita tekankan dalam aspek untuk menarik pelajar Kazakhs untuk melanjutkan pengajian di Malaysia," katanya.

Comments
Post a Comment