LAWATAN MyKazNA PRESIDENT KE SK PUTRAJAYA PRESINT 18


11 Mac 2010 – President MyKazNA, Mrs Ainash ditemani bersama, Setiausaha MINA, Siti Zakiah Mohamed Suyud, telah melawat pihak Pengurusan Sekolah SK Putrajaya Presint 18 (1). Lawatan ini adalah lawatan rasmi sulung ke Sekolah milik kerajaan Malaysia sejak MyKazNA ditubuhkan.

Banyak perkara yang telah dikongsi bersama antaranya system pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengajaran dan pembelajaran, aktiviti academic dan kurikulum pelajar, program-program pengantarabangsaan dan pertukaran pelajar.

Sesi soaljawab juga telah diadakan. Banyak juga pandangan, saranan dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh antara MyKazNA dan Pengetua sekolah, Mrs. Salmiah Hashim yang meliputi prestasi pelajar, isu ICT, profesionalisme guru dalam bidang tertentu dan prasarana sekolah.

Lawatan beliau diakhiri dengan jamuan ringan dan ramah mesra yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama.

Comments

Popular posts from this blog

Professor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Omar Abdul Rahman